Selamat datang ke halaman khas pertanyaan (F.A.Q). Sila kirimkan soalan anda mengikut kategori di bawah dan kami akan cuba menjawab persoalan anda dengan seberapa ringkas dan mudah difahami.

UMUM

Bagaimanakah saya dapat menjadi seorang guru menengah?Apakah kursus yang perlu saya pohon?

bolehkah ppdpu mengikuti langkah kpm iaitu muat naik kata alu-aluan ppdpu untuk majalah sekolah di laman web untuk memudahkan semua sekolah muat turun?

Salam Sejahtera. Nama saya ialah Devi. Saya baru habis belajar di UNIRAZAk. saya telah membuat \'\'DIPLOMA IN EARLY CHILD HOOD EDUCATION\'\'.. Cita-cita saya ialah menjadi guru di sekolah rendah (SJKT) ..kini saya ingin meminta pihak PPD/KPM untuk memberi penyelasan tentang bagaimana atau cara yang boleh saya memohon kursus atau kerja menjadi guru di sekolah rendah.. Harap tolong saya...sekian terima kasih

how many secondary schools in pj

Pusat tuisyen seperti Pusat Tuisyen Wahana di alamat No60A, Jalan 1/19, PJ Old Town, Jalan Othman boleh membahayakan pelajar jika berlaku kebakaran di pusat hiburan. Sila beri perhatian terhadap perkara ini. Jika tindakan tidak diambil, kemungkinan banyak lagi pusat tuisyen yang tidak berdaftar akan tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Jika bertambah banyak, nanti susah hendak dikawal.terima kasih

bilakah panggilan seterusnya temuduga gstt 2011

saya ingin bertanya adakah terdapat kekosongan jawatan sebagai guru ganti di pihak tuan yang diperlukan di mana-mana sekolah terutama di kawasan puchong. Hal ini demikian, saya menetap di kawasan tersebut. saya merupakan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris dan masih menunggu panggilan penempatan. Sementara belum dipanggil ini, saya amat berminat untuk menjadi guru ganti.

Asssalam...saya merupakan tenaga pengajar dan pegawai penilai bagi program sijil kemahiran malaysia tahap 1,2,3 di yayasan pendidikan vokasional wanita malaysia, ypvwm merupakan pusat bertauliah yang berdaftar dibawah jabatan pembangunan kemahiran (Kementerian sumber manusia)dimana membantu pelajar pelajar miskin dan tidak berkemampuan yang dibiayai oleh kementerian belia dan sukan.. disebabkan kos sara hidup yang tinggi dan gaji yang sederhana, adakah saya boleh memohon untuk menyewa kuartes kerajaan yang disediakan oleh kementerian pelajaran.... Site Rohainie Ramli

Berapa lamakah proses pengesahan jawatan di ppd Petaling Utama? Adakah lebih daripada setahun kerana permohonan telah dibuat Mac 2010 tetapi sehingga sekarang tiada jawapan.

bagaimana untuk memohon kuarters?jika kuarters itu baru bagaimana untuk mengetahui@menghubungi ketua block?

memohon buku rekod perkhidmatan guru

Saya Amir, anak saya bersekolah di SK Sri Damai PJ. Soalan saya , bilakah keputusan calon yg layak masuk ke SMKA?

1. Berapakah maksimum dan minimum murid dalam kelas. 2. bagaimana pengiraan guru dan murid dalam sebuah sekolah.

Bagaimana membuat rayuan bagi pertukaran guru antara daerah?

Disini saya ingin bertanya di laman web PPDPetaling Perdana terdapat senarai GSTT 2011.Adakah senarai nama tersebut termasuk jawatan GSTT yang dibuka oleh PPD Petaling Utama?

Bilakah surat temuduga untuk jawatan GSTT akan diedarkan?

perbahrui lesen tadika

adakah borang permohonan kuarters guru di petaling jaya dah di keluarkan?

macam mana nak download borang gstt

bagaimana hendak mohon jawatan guru sandaran tidak terlatih

Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan oleh warga asing untuk mendapatkan kebenaran memasuki Sekolah Bantuan Kerajaan?

UNIT SEKOLAH RENDAH

Anak perempuan saya yg belajar darjah 4 telah ditendang dan dipukul oleh guru lelaki yang mengajar subjek pendidikan moral. Guru tersebut juga mengeluarkan kata2 kesat yg mengutuk kaum. Saya telah mengadu hal ini kepada GB dan PKGB sekolah pada 28/4/11.. GB menyata bahawa beliau akan bagi tahu keputusan mesyuarat pada 5/5/11 ataupun pd 6/5/11.. Tolong bagi pandangan PPD terhadap kes ini..

Saya ingin membuat pertanyaan mengenai tindakan-tindakan yang boleh diambil oleh pihak sekolah kepada pelajar yang telah mencederakan pelajar lain dengan niatjahat/membuli (Pelajar tersebut telah membuat pengakuan kepada pihak sekolah). Apakah procedure pihak sekolah/kementerian mengenai kes-kes sebegini? Apakah salahlaku yang boleh menyebebkan seseorang pelajar boleh dibuang sekolah? Terima kasih -Ahmad-

adakah sekolah kebangsaan taman sungai besi indah didalam bidang kuasa pejabat daerah petaling utama?

bagaimana cara jika guru ingin bertukar sekolah atas dasar suka sama suka?

Saya dapati laman Unit Sukan masih kosong. Diharap pihak tuan memaparkan atau membuat link untuk takwim sukan dan permainan bagi sekolah-sekolah daerah Petaling Utama.

Bagaimana saya boleh check status permohonan rayuan penempatan tahun 1 untuk tahun 2011?

Bilakan pendaftaran murid ke tahun 1 boleh dibuat?

Bagaimana hendak bersekolah dari sekolah persendirian / swasta ke sekolah bantuan kerjaan?

Bilakah pertukaran guru terlatih boleh dibuat?

UNIT SEKOLAH MENENGAH

Sebuah sekolah Menengah di kawasan Bandar Sri Damansara telah mengenakan bayaran 10 sen terhadap murid-muridnya setiap kali mereka menggunakan tandas. Apakah sekolah tersebut berhak mengutip bayaran tersebut? Jika tidak, apakah tindakan selanjutnya yang harus dibuat? Harap soalan ini dapat dijawab secepat mungkin.(soalan ini pernah dikemukakan tetapi tidak dijawab dan terus lesap.)

BILAKAH PEMOHONAN CALON SPM PERSENDIRIAN 2011 BOLEH DILAKUKAN ?

adakah ppd pu ada melakukan pemilihan pelajar utk ke ssbj?

Mengapakan anak saya tidak dapat ditempatkan di sekolah yang dipohon?

Bagaimanakah saya hendak masuk ke tingkatan 6 bawah jika tidak mencukupi syarat?

Bagaimana anak saya hendak memohon ke Sekolah Berasrama Penuh?

Jika anda ada persoalan sila gunakan form dibawah untuk kami menjawab persoalan anda.

Ask a question