
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t. yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, Laman Web Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Utama dapat direalisasi dan ditubuhkan.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kerana memberi kesempatan kepada saya untuk menyampaikan alu-aluan sempena majlis perasmian dan pelancaran Laman Web Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Utama
Saya berbangga di atas segala usaha Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama dengan kerjasama semua Unit dan Warga PPD PU sepenuh masa daerah Petaling Utama yang telah berjaya menubuhkan pusat ini. Ini merupakan satu kejayaan yang besar ertinya kepada pelajar-pelajar di daerah Petaling Utama dan juga umumnya kepada daerah-daerah negeri Selangor.
Pendidikan dan kerjaya merupakan agenda penting dalam membantu merancang masa hadapan seseorang pelajar. Oleh itu, ia patut dirancang agar para pelajar mendapat manfaat yang lebih besar daripada penyebaran maklumat kerjaya yang teratur dan berkesan.
Tahniah dan syabas kepada Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama dan semua Unit yang begitu prihatin di atas kepentingan pendidikan dan kerjaya kepada pelajar-pelajar. Segala usaha perlu diberi sokongan dan diteruskan serta menjadi satu contoh yang baik kepada daerah-daerah lain.
Sekian, terima kasih.
