Puan Hajah Nafsiah binti Jaapar

Pegawai Pelajaran Daerah

 

Sebelum bertugas di PPD Petaling Utama, beliau telah berkhidmat di beberapa buah sekolah seperti Scared Heart Convent (Canossa Convent),  Negeri Sembilan (16.01.1978 – 01.01.1979),  SMK Undang Rembau, Negeri Sembilan (01.01.1979 – 01.01.1983),  SMK Tampin, Negeri Sembilan (01.01.1983 – 01.02.1983),  SMK Undang Rembau, Negeri Sembilan (01.02.1983 – 01.01.1988),  SMK Taman Desa, Kuala Lumpur (01.01.1988 – 01.12.1992),  SMK Kelana Jaya, Petaling Jaya sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran Kemanusiaan/Penolong HEM (01.12.1992 – 01.07.1997),   SMK Batu 8, Puchong sebagai Pengetua (01.07.1997 – 01.10.2004) dan SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebagai pengetua (01.10.2004 – 16.10.2008).

Beliau mula memegang jawatan sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Petaling Utama pada 16 Oktober 2008.

 

 

  Tuan Haji Abu Omar bin Mos

  Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah

 

Memiliki kelulusan ijazah pertama Biokimia dari University of East Anglia,  Norwich, England, Diploma Pendidikan dan seterusnya ijazah sarjana dalam bidang Perancangan dan Pengurusan Pendidikan dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur.  Beliau mula bertugas sebagai guru Sains/Kimia di SMK La Salle Kuala Lumpur pada tahun 1985.  Seterusnya menjawat tugas sebagai Penolong Pengarah (Unit Perancangan Strategik) di Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD), Kementerian Pelajaran Malaysia (1989-1997),  Ketua Unit Maklumat di JPN Selangor (1997-2005) dan Ketua Unit Perkhidmatan ICT di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor (2005-2010).  Sebelum bertugas di PPDPU pada bulan April 2011, beliau pernah menjawat tugas   Pengetua di SMK Subang Bestari (2010-2011).