Kami warga Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Utama bertekad, beriltizam dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk memastikan :
- Pertukaran murid diproses dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima;
- Semua surat penempatan guru dalam daerah dikeluarkan dalam tempoh 21 hari bekerja selepas senarai nama diterima dari Jabatan Pelajaran Selangor;
- Semua surat pertukaran guru dalam daerah dikeluarkan dalam tempoh 21 hari bekerja selepas mesyuarat panel;
- Setiap aduan yang diterima akan dikeluarkan surat akuan terima kepada pengadu dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh aduan diterima;
- Surat jawapan hasil siasatan akan disampaikan kepada pengadu bermaklumat lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh ia disahkan;
- Permohonan pembangunan dari sekolah dijawab dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh surat diterima;
- Permohonan cuti Pengetua dan Guru Besar diproses dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh dokumen diterima;
- Permohonan pelbagai perkhidmatan diproses dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh dokumen diterima; dan
- Bayaran kepada pembekal djelaskan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh dokumen yang lengkap dan sempurna diterima.
