Selamat Hari Guru 2012

happy teacher day Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru di Malaysia kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu. Majlis Sambutan Hari Guru 2012 Peringkat Negeri Selangor diadakan bertujuan menghargai jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh warga pendidik di negeri ini kepada masyarakat dan negara. Pejabat Pelajaran Daearah Petaling Utama (PPDPU) telah diamanahkan sebagai tuan rumah bagi sambutan peringkat negeri ... Selanjutnya

PELAKSAAN SARINGAN KHAS LINUS TAHUN 2, 2012

Saringan Khas LINUS Tahun 2,2012 untuk semua murid Tahun 2 sekolah-sekolah rendah di PPD Petaling Utama akan dijalankan pada 15,17 dan 18 Mei 2012. Proses pengisian data pula akan bermula dari tarikh 21 Mei sehingga 1 Jun 2012. Penghantaran Instrumen saringan sedang giat dijalankan berperingkat-peringkat ke semua sekolah, dan pihak sekolah diminta bersedia dengan berpandukan Manual Am yang dibekalkan bersama bagi melicinkan urusan saringan khas ini. Sebarang kemusykilan atau masalah, sila hubungi En. Mohd Reza bin Mohd Taib di talian 03-78834611. ... Selanjutnya

Majlis Pelancaran Portal dan Facebook Hari Guru 2012

ppd hari guru Majlis Pelancaran Hari Guru 2012 akan dijalankan di Dewan Serbaguna, Jabatan Pelajaran Selangor pada 26/April/2012 bersempena dengan Perhimpunan Bulanan, Bulan April, Jabatan Pelajaran Selangor. Pelancaran Portal dan Facebook Hari Guru 2012 akan disempurnakan oleh Tuan Abdullah bin Mad Yunus, Pengarah Pelajaran Negeri Selangor. Semua pegawai dan warga PPD Petaling Utama di mohon untuk LIKE Facebook Hari Guru tersebut. hariguru.ppdputama.net ... Selanjutnya

Selamat Hari Lahir

HEPI BIRTHDAY Selamat Hari Lahir kepada semua Warga PPD Petaling Utama yang menyambut hari lahir pada bulan April. Semoga umur yang dipinjamkan oleh Allah akan dimanafaatkan untuk kebaikan bersama. ... Selanjutnya

Pertandingan Bilik Sumber PPDa/Sudut & Lorong PPDa Petaling Utama 2012

banner Pertandingan Bilik Sumber PPDa/Sudut & Lorong PPDa akan dijalankan pada bulan MEI 2012. Sehubungan dengan itu, semua sekolah yang ingin menyertai pertandingan ini di seru untuk menambahbaik dan mengemaskini Bilik Sumber/Sudut dan Lorong PPDa di sekolah. Pertandingan ini akan diadili oleh Encik Yahya bin Abdul Karim, Penyelia PPDa Daerah Petaling Utama Puan Shuraya binti Jamal, Pegawai Pendidikan Pencegahan Dadah, AADK Petaling Encik Mohd Noh bin Murli, Penolong Pengarah Kanan, Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, JPN Selangor Tuan Haji Ghazali bin Anuar, Jurulatih Eksekutif PPDa Negeri Selangor Encik Mohd Ikhwan bin Zainal, Penyelia PPDa Daerah Gombak Encik Sazali bin Baharudin, Penolong PPD ... Selanjutnya

Tahniah ! Anugerah Kecemerlangan Warga PPD Petaling Utama

Tahniah ! Anugerah Kecemerlangan Warga PPD Petaling Utama Bersempena perhimpunan bulanan untuk bulan April 2012, pihak pengurusan tertinggi PPD Petaling Utama dengan kerjasama Badan Kebajikan PPD Petaling Utama telah memutuskan untuk memberi Anugerah Kecemerlangan kepada warga PPD Petaling Utama yang cemerlang dalam pengurusan kerja di peringkat PPD. Sehubungan dengan itu, pencalonan daripada Unit-unit di PPD telah diterima dan di nilai untuk disenarai pendek. Anugerah Kecemerlangan telah di anugerahi kepada : ENCIK RAZWAN BIN MOHD ZAIN PENYELIA PEPERIKSAAN, PPD PETALING UTAMA CIK NORZANARIAH BINTI ISHAK PEMBANTU TADBIR PENGKERANIAN/OPERASI, PPD PETALING UTAMA Semoga dengan anugerah yang diterima ini dapat menjadi pemangkin semangat kepada warga PPD Petaling Utama yang lain untuk ... Selanjutnya

Perlawanan Persahabatan Badminton PPDPU

DSC_0667 . Perlawanan persahabatan di antara pasukan badminton PPD Petaling Utama dan Kelab Badminton, SMK Bandar Sri Damansara 1 telah berlangsung di Dewan Utama, SMK Lembah SUbang. Sebanyak 8 pasukan bergu telah bertarung dengan hebat. Pasukan PPD PEtaling Utama diketuai oleh Encik Hassan bin Ahmad dan pasukan SMK Bandar Sri Damansara 1 diketuai oleh Encik Nasir. Pihak PPD Petaling Utama mengucapkan terima kasih kepada semua pemain yang hadir pada perlawanan persahabatan tersebut. Semoga aktiviti yang sihat seperti ini akan membantu mengeratkan hubungan di antara PPD dan Sekolah ... Selanjutnya

Majlis Perhimpunan Bulanan April Tahun 2012

COVER BUKU BULANAN 2 Assalamualaikum dan salam sejahtera, Perhimpunan bulanan bagu bulan April tahun 2012 akan dijalankan pada 20/April/2012 di Dewan Inspirasi, PPD Petaling Utama. Tema yang akan digarap pada perhimpunan ini adalah “Transformasi Kearah Kerja Cemerlang”. Majlis perhimpunan ini akan dikendalikan oleh Unit Pembangunan Kemanusiaan di bawah seliaan Encik Sazali bin Baharudin, Ketua Unit, Unit Pembangunan Kemanusiaan. Semua warga PPD Petaling Utama dijemput hadir dengan ‘dress code’ merah atau meroon dan majlis akan dirasmikan oleh Puan Hajah Nafsiah binti Jaapar, Pegawai Pelajaran Daerah Petaling Utama. ... Selanjutnya

Warga PPD Petaling Utama mengucapkan “Selamat Menyambut Hari Lahir” kepada Pengetua dan Guru Besar yang lahir pada bulan April.

birthday card for April’s ... Selanjutnya

PELAKSANAAN SARINGAN KHAS LINUS TAHUN 3, 2012

Perhatian kepada semua sekolah rendah PPD Petaling Utama. Pelaksanaan Saringan Khas LINUS Tahun 3, 2012 untuk Semua Murid Tahun 3 akan dijalankan mengikut jadual yang pihak PPD Petaling Utama telah ditetapkan. Sebarang kemusykilan atau masalah, sila hubungi En. Hassan bin Idris di talian 03-7883 4614 atau 017-2821 008. ... Selanjutnya