Program Pensiswazahan Guru (PPG) Mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) ambilan 2012 di bawah Rancangan Malaysia ke-10 bertujuan memberi peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) meningkatkan kelayakan akademik ke peringkat ijazah sarjana muda di samping memenuhi keperluan guru siswazah bagi mata pelajaran kritikal di sekolah rendah dan menengah.
PPG ditawarkan kepada PPPBS yang sedang berkhidmat di Bahagian/Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)/Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) / sekolah rendah / sekolah menengah / sekolah bantuan kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia serta memenuhi syarat dan kelayakan asas seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia.
2. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) yang sedang berkhidmat sekolah rendah / sekolah menengah / sekolah bantuan kerajaan / Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) / Pelajaran Negeri (JPN) / Bahagian di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
3. Berumur 47 tahun dan ke bawah pada 2012 (lahir pada atau selepas 1965)
4. PPPBS yang berumur 46 dan 47 tahun yang telah memilih opsyen bersara wajib 58 tahun.
5 Telah disahkan dalam jawatan.
6. Tidak berdaftar atau tidak mengikuti apa-apa pengajian dengan mana-mana universiti sebagai pelajar sepenuh masa/separuh masa/sambilan dengan tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
7. Memiliki Diploma Pendidikan/Perguruan atau Sijil Perguruan.
Maklumat lanjut serta tatacara membuat permohonan boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelejaran Malaysia di alamat http://www.moe.gov.my mulai 17 Oktober 2011 (Isnin) bermula jam 10.00 pagi dan tarikh tutup permohonan ialah pada 27 November 2011 (Ahad) sebelum 11.59 malam.



